Tuesday, June 17, 2008

Mengenai ABM

Akademi Binaan Negara (ABM) adalah sebahagian daripada Bahagian Pembangunan Personel Binaan CIDB yang diertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan kemahiran dan pengurusan berkaitan pembinaan, menguji dan menilai kemahiran serta mengakreditasi pekerja mahir industri pembinaan.
Matlamat ABM
Melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan yang mahir dan separuh mahir supaya dapat mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga pekerja asing.
Menyediakan kursus-kursus kemahiran binaan yang lebih tersusun dan diiktiraf; dijalankan oleh tenaga pengajar profesional yang berpengalaman luas dan terlatih.
Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorientasikan kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah.
Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari semasa ke semasa.
Menyokong industri pembinaan mencapai daya saing dengan menyediakan tenaga binaan yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi mengendalikan teknologi pembinaan yang semakin canggih.
Membangun dan merintis laluan mengeksport tenaga kerja pakar yang terlatih untuk menjalankan kerja pembinaan di luar negara.
Menjalankan program akredasi kemahiran.



Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Lot 1687, Bandar Darul Aman,06000 Jitra, Kedah.Tel : 04-917 2500Faks : 04-917 6251

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah
Lot 8, Blok E, Jalan Chan Sow Lin,55200 Kuala Lumpur.Tel : 03-9200 2008Faks : 03-9200 2009

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
Jenagor,21700 Kuala Berang,Terengganu.Tel : 09-681 4327Faks : 09-681 4329

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan
Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi,81200 Johor Bahru, Johor.Tel : 07-238 8152Faks : 07-234 5808
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah
Jalan Mangga, Batu 6, Kolombong,88450 Kota Kinabalu, Sabah.Tel : 088-430 614/616Faks : 088-431 359
Akademi Binaan Malaysia WilayahSarawak
Tingkat 1, Blok C, Kompleks CIDB,Jalan Sultan Tengah,93050 Kuching, Sarawak.Tel : 082-446 700Faks : 082-442 7